Tuesday, May 19, 2015

Yennibedi hommmme???

tetiba teringan blog usang ni.. ternampak mcm satu rumah lama di hujung kampung. dikelilingi rimba dan pokok2 besar. bersemak samun. pokok-pokok menjalar dah sampai ke alang rumah. padlock pintu dah berkarat. ada keping dinding kayu yg dah terkopek dik paku yg dah karat berusia tak berupaya lagi bertahan.

anak kunci nak masuk ke dalam rumah pun dah lupa letak mana. godek-godek dlm poket, dlm beg, celah buku, rupanya ada lagi. buka pintu.. terkuak isi dalamnya yg dah bersawang. debu-debu tebal menyaluti cerita-cerita lama dlm sini. wajah teman-teman sekursus terbayang satu persatu. ada yg dah bercucu kini, ada yg masih menambah ahli keluarga selagi mampu.ada yg dah jd usahawan, ada yg dah jd hartawan. ada yg telah bawa diri ke benua asing, ada juga yg bawa diri tak mahu didekati.

apa pun, dimana korang, doa aku yg baik2 sahaja. semoga diberi kesihatan yg baik utk terus berbakti, utk terus menjalankan ibadah kepadaNya. diberi rezeki melimpah ruah utk dinikmati bersama. 

Kalau boleh rajin2lah muncul diri, rajin2 lah menyapa sesekali wpun di medium mana pun. kerana korang masih di hati... sayang korang!

Wednesday, December 12, 2012

Nana dah pulih

Salam kawan-kawan
update terkini, nana dah semakin kembali pulih dan telah dibenarkan pulang.
mari kita sama-sama dokan dia kembali sihat sediakala.

terima kasih yg sudi memberi sumbangan dan melawat beliau di hospital. sesiapa yg nak melawatnya di rumah pula, silakan...

Monday, December 10, 2012

Norhazanah di ICU

Salam kawan-kawan,
utk makluman semua, kawan kita Nana@Norhazanah telah dimasukkan ke ICU HKL kerana demam virus dan jangkitan kuman di paru-paru. Saya hanya ada maklumat setakat itu sahaja. dan cadangnya nak p melawat dia petang nanti. tp belum dpt detail dari Nass (suami nana).

Oleh itu saya lancarkan tabung nana. Pada kawan2 dan kenalan/sahabat yg ingin hulurkan bantuan kepada beliau, boleh bank in ke acc Nath: CIMB 14400099509528. sila reply kat comment jika ada beri sumbangan supaya saya noted yg masuk tu dari siapa. atau sms saya terus bg yg mengetahui no hp saya.

Harap sumbangan ini dpt membantu apa yg perlu untuk rawatan nana.

Mohon juga kerjasama semua kenalan/sahabat/kawan-kawan untuk mendoakan keselamatan nana dan segera sembuh seperti sediakala. Semoga nana dan keluarga tabah dan sabar hadapi ujian.

Rasulullah bersabda. “Sesungguhnya ada tiga pahala yang menjadi kepunyaanmu dikala sakit. Engkau sedang mendapat peringatan dari Allah SWT, doamu dikabulkan-Nya, dan penyakit yang menimpamu akan menghapuskan dosa-dosamu.”


Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman :
Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan ‘Inna lillaahi wa innaa ilaihi roji’uun’. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk ”. (QS. Al-Baqaroh : 155-157).

Monday, October 22, 2012

SELAUT RINDUKU BERTAMU

Tatkala ku tatap komputer pagi ini,
teringin aku menjenguk ke zaman silam.. mencuri ruang menyingkap kenangan, foto-foto mahupun nukilan teman-teman buat santapan rindu yang datang. Ah... sungguh aneh rasanya pagi ini apabila rindu itu menelusuri ke segenap kotak memori yang ada. Hampir kesemuanya ku buka... lantas aku tersenyum sendirian... kita sudah cukup dewasa rupanya, kita sudah punya rumahtangga, sudah beranak pinak dan sudah ada tanggungjawab. Ku tersenyum lagi... betapa hari ini rinduku datang bertamu dan aku tahu kalian pun begitu.

Wednesday, May 9, 2012

Anyone dare to join?

Me berangan-angan dan planning nak  ambil kesempatan jalan2 ke luar negara ke negara kawan kita yg posting kat luar negara nun..kalau ada sesiapa nak join, reply sini yer..korang mesti tahu siapa kawan kita yg sedang berposting kat luar negara tu kan? dan korang mesti dah tahu juga mana destinasi yg dimaksudkan tu kan?

dari kajiselidik yg di buat, budget dlm 7-8k seorang. ni anggaran kasar termasuk tiket penerbangan (3x flight return) makan dan penginapan dan shoping2 skit. kalau kita bernasib baik, mungkin penginapan free. terpulang pd destinasi akan dituju. Bila nak pergi? Kawan kita tu akan ada di sana sehingga pertengahan 2014. so anytime inbetween jan-jun 2014 lah. kalau kawan kita xtend, maybe kita lewat lg skit..insyaallah...

so, masih ada masa yg cukup untuk kumpul2 budget bg org mcm me ni..so anyone interested?





Tuesday, November 16, 2010



Saja nak share dengan kekawan. Gambar ini diambil semasa menjayakan Majlis Perhimpunan Bulanan MAMPU pada pertengahan tahun ini.Yang paling ceria tu Jun le...rasanya boleh di cam lagi kan. Boss pulak yang duduk di tengah, pakai baju melayu kaler biru - DR. ZULKEFLI BIN IBRAHIM.

IKHLAS UNTUK TATAPAN SEMUA, MEMORI 2010.

junana@mampu.gov.my
03-88725007

Thursday, September 9, 2010

Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin.................

Assalamualaikum semua...........

Sempena menyambut kedatangan Aidilfitri, akak sekeluarga ingin mengambil kesempatan di ruangan blog DSK kita ni utk memohon jutaan maaf zahir dan batin dari semua kengkawan, andai selama perkenalan ada perbuatan yang kurang menyenangkan atau ada tutur kata yang menyinggung perasaan, begitu juga, minta dihalakan segala makan dan minum.

Seperti tahun2 yg sudah, pada hari ni (Khamis-09/09) akak sekeluarga akan bertolak balik ke Jasin, Melaka untuk menyambut hari raya bersama nenek di kampung. Sepatah kata ayah akak, selagi ada orang tua2 di kg. kita kenalah balik beraya dgn mereka. Sok2 klu dah tak der sesapa kat kg. nampaknya beraya kat Pasir Gudang jer lah. Sbb tu kena praktikkan kenikmatan balik kg beraya, selagi boleh balik ni. Sok2 kena beraya kat Pasir Gudang jer, mesti boring, sbb PG klu time raya lenggang giler, sbb PG kebanyakkannya semua orang yg berhijrah. Seperti tahun2 sudah, giliran tetap disebelah akak sbb mak dan ayah abg dah meninggal. Jadi tak yahlah nak main opesom......kerana giliran sentiasa menyebelahi akak.......hehehehe........gamaknya den tak pernah lah dpt merasa beraya di rumah mak mertua.

Kemana pun arah balik beraya kita, akak sekeluarga mendoakan semoga kengkawan semua selamat sampai ke kg halaman memasing dan bergembira dipagi raya bersama adik beradik, atuk nenek dan kaum keluarga yg lain. Sesapa yang balik beraya ke Johor, jemputlah datang ke rumah. No.H/P akak (019-7765052).

Sekali lagi SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN...........LUV U ALL.....

Daripada: Kak Mariati, Abg Harun dan Fatin Atiqah

Wednesday, June 16, 2010

Pening kepala den..........

Assalamaualikum kengkawan semua, kenapa lah blog kita ni makin hari makin sunyi je........
Ada org jengah lagi tak kat sini ekkk........suram jer.........
Tak per lah, ada org masuk ke, tidak ke, blog kita ni, aku nak menulis gak pagi ni.....kalu korang ada masuk blog ni, bacalah ya.....

Dengan tajuk aku ''Pening Kepala'' tu, buat aku skang ni mmg pening sesangat,
Aku nak bercerita dan minta pendapat korang, tp klu aku nak bercerita, aku kena ceritakan sedetails2nya.

Sebenarnya nak mula mcm mana pun aku tak tau.......

Oklah, spt yg korang tau, kerja sbg Project Secretary pd Snr. Commissioning Manager (International), dah tentu mcm2 dugaan dan masalah yg korang kena selesaikan dan involve sama, walaupun hakikatnya korang tak nak masuk campur pun. Aku ni ibarat focal point utk department aku lah kan.

Gini, dlm department aku, ada lebih kurang 160++ staffs, boleh dikatakan tmpt aku semua lelaki kecuali 5 org jer pempuan termasuk aku. Bos aku ni selalu kena overseas assignment, namanya pun international manager, mana2 project kat oversea dia akan menetap kat sana, tgk berapa lama project tu siap, biasanya 2 @ 3 tahun.

Selain dr bos aku ni, ada 4 org lagi yg tittle manager dlm department aku ni. Biasanya yg tinggal di M'sia cuma sorang bos jer, dia org bersilih ganti ke oversea, mcm tu lah sampai project selesai.

Kita org ada dua level, level yg aku duduk ni cuma dua org jer pempuan, dan alhamdulillah boleh dikatakan, budak2 lelaki kat tmpt aku ni alim2 lah gak, sejauh mana kealimannya hanya Allah saja yg tahu. Aku puji dia org ni sbb dlm bz mencari duit ke luar negeri, kopiah kat atas kepala tu tak tinggal. Tp ia lah, mcm pepatah org putih ada ckp, don't judge the book by it cover.......(wah ckp owang putihlah plak).....tp walaupun camtu, kita tak leh salahkan semua org, yg penting iman memasingkan.....tepuk dada tanya selera.......

Disebabkan dlm department aku ni ramai yg berkopiah, tiba2 masuk sorang hamba Allah ni dr Sarawak, tambah sorang lg lah yg alim2 kat department aku ni, masyallah alim sungguh, klu solat tu sebelum bang dia dah g, pemurah, dlm seminggu 2 @ 3 kali suh isteri dia masak dan bagi kita org makan. Lum lg yg dia beli itu dan ini tuk kitaorg. Dia pandai buat bekam, sampai buat bekam pun FOC, issshhh pendek kata mcm2 lg lah yg baiknya pd dia tu.

Setelah lebih kurang 2thn+++ dia kerja kat sini, baru skang ni tembelang dia pecah, sejak akhir tahun lps dia kena g Qatar utk project MOQ16, isteri dia boleh dikatakan berjubahlah jgk. Sejak dia tak der kat sini, dia mintak tlg sorang kawan setiap bulan g umah dia utk urusan segala byran bil2 api, air & hp, kata kwn tu setiap kli g umah dia, kwn tu tak pernah dpt berckp dgn wife dia, bil2 semua dr tangan anaknya yg paling besar 9thn yg hulurkan dr dlm pagar umah.

Sebelum dia pergi Doha, ada kehilangan 4 biji walkie-talkie, bos dah suh wat report polis. Dia burukkan sorang lg kawan tabligh dia, tak pandai wat kerja, sampai org tu kena buang kerja, padahal bebudak ni ckp kawan dia tu lah yg paling rajin. Dan apa yg aku tgk sendiri pun kwn yg sorang ni bila masuk ofis berpeluh2, tp dia 24jam duk dlm ofis jer.

Baru2 ni kita org dlm ofis digemparkan dgn cerita dia nak kawin lg, bila diselidik, ni perkahwinan kali ke 3, pertama cerai dan yg kedua ni baru diceraikan dlm bulan 10, 2009. Nama wife ke2 dayang (org sarawak gak). Dia fitnah dayang dgn menuduh dayang main kayu tiga dan kena tangkap khalwat. Dia siap tunjukkan bukti kat bakal isteri baru dia tu surat cerai dia dgn dayang pd tahun 2008. Sedangkan dia baru saja bercerai dgn dayang dlm bulan 10,2009. Pandaikan dia tipu segalanya, pastu dayang bagitau, selama ni dia pun tak pernah ada lesen kereta, lesen yg dia gunakan tu pun lesen tipu, cmaner tu, adakah dia ada kumpulan sindikit buat kad @ dia suka beli org??????/

Dari dayang jugak kita org dpt tau, dia sekat nafkah anak2, dayang tunjukkan jugak laporan polis ttg aduan dia kena pukul siap dgn gambar yg dia kena pukul sekali. Dayang bagitau dia pukul depan emak dayang, dia letak mak mertua dia kat luar pagar pastu dia pukul dayang.

Dayang gak bagitau dia terlibat bakar bangunan JPJ di sarawak, klu tak percaya, ambil no ref. yg dayang bagi, cuba call court kat Sarawak. Dia orgnya licik, evidan tak der dia terlepas dr tuduhan membakar bangunan pejabat JPJ. Pastu dayang bagitrau gak sebenarnya walkie-talkie ofis yg ilang dia yg jual balik kat cina di luar. Dr daynag gak kita org dpt tau dia beli kereta proton iswara dengan harga cash, selain tu dia ada mercedez dan honda lama. Utk pengetahuan korang dia ni bukannya engineer, cuma material coordinator, gaji pun dlm 4K ke 5k je, asalanya dia ni driver lori, yg bawak dia masuk kerja kat sime darby ni kawan tablig dia yg dia burukan td yg kena buang kerja tu. Bukan aku nak pandang rendah kat dia, tp kereta ada 3 biji, rumah yg dia duduk tu kat area serra perdana, dlm harga 380k++++, engineer2 kat tmpt aku ni pun biasa2 jer idup dia org. Cuba korang bayangkan mcm belut dia ni.....geram bila fikirkannya.

Dah tu pempuan yg dia nak kawin tu,rupanya budak Sime Darby gak, bila bebudak ni tanya pempuan tu dia siap boleh jawab, perempuan jahat main kayu tiga dan menduakan suami patutlah kena cerai.....masyakallah kuat nya penangan si lelaki yg berlagak alim ni.

Masalah aku skang, sorang kawn pempuan kat ofis aku ni ajak aku jumpa dayang dan nak push dayang utk buat laporan polis dan keluarkan balik segala2 laporan polis tentang kesalahan dulu2 dia. Dan yg paling drastik minah sorang ni nak buat laporan kat BPR.

Masalahnya aku mmg geram kat mamat sorang ni, sapa tak geram betul tak, klu dgr cerita2 mcm tu, tp kita kena ingat mamat sorang ni licik, klu kita nak terlibat jgn terburu2, kita kena fikir masak2 dan kena ada bukti yg sahih, jgn asal boleh jer, silap2 haribulan kita balik kena saman malu. org mcm dia sanggup buat apa jer janji hati dia puas, betul tak. Mmg kita tak leh biarkan org mcm ni menapak lama dlm department kita, kita kena bagitau boss, sbb boss selalu tak der kat ofis. Dia tak tau byk cerita pasal apa yg terjadi kat ofis sepanjang dia tak der. So kat sini lah kita kena mainkan peranan. Tp bila bab2 mcm ni aku ada risau sikitlah, suami tak kasi aku masuk campur. Dan masalah ni agak serius sikit. Tu yg pening fikirkannya.

Hak dia nak kawin lg, kita tak leh nak nafikan, tu hak dia. tp yg lain2 tu, rasanya mcm tak patut.
Aku nak bagitau bos, takut bos pun heret kes ni ke polis, klu kes ni ke polis dah tentu aku yg bercerita dgn bos ni akan termasuk campur sekali. Utk pengetahuan korang, aku tak pernah berjumpa dgn dayang kecuali kawan aku si minah drastik sorang tu yg beria2 g jumpa dayang.
Korek cerita sana sini dr dayang, padahal sebelum ni sebenarnya dayang ada telepon aku di ofis mengadu segala hal, aku spt biasa simpan rapat2 dlm tin biskut......hehehehe

Masalahnya suami aku pun pesan jgn masuk campur, klu org nak mengadu ker report polis ker, klu boleh aku jgn terlibat. Tp bila aku dgr dayang cerita dia ambil walkie-talkie ofis dan jual kat luar, aku rasa mcm tak leh nak biarkan, pastu dayang pun bagitau, dia ada ambil laptop kat ofis pastu jual kat luar, masalahnya boleh ker aku percayakan si dayang tu, mmg dia berjubah dan alim gak (sbb suami dia alim) tp dayang pun manusia biasa, tambah2 lg skang dia tgh geram kat suami dia, sbb suami dia ceraikan dia dan nak kawin lg, takut atas faktor tu dayang bertindak memburuk2 kan suami dia, pastu rupanya tak betul cerita tu semua dan tak der bukti yg kukuh, pastu suami dia tau kita terlibat, saman malu kat kita plak.........ishhhh mcm mana ni......tolonglah aku.......

Sorylah kengkawan semua, aku bukannya nak sgt bercerita pasal org ni punya keaiban, tp rasanya sedikit sebanyak masalah ni dah jadi masalah aku bila melibatkan harta benda ofis dicuri, mmg benda2 tu hilang, tp aku tak der bukti selain ckp2 dr dayang......mcm mana pandangan korang..........

Dr kak Tie.....

Tuesday, March 16, 2010

Cerita dah suam..

Kawan-kawan gomen, ada sesiapa yg effected dah tukar skim steno yg baru ari tu? maksudnyer..dah enjoyed gaji baru...gred baru...? Citer la skit kat sini gaji kira mcm mana?

Aku? aku belum lagi...baru p dengar taklimat HR hari ni. Makin tak paham ada la. hahahha...part ni aku tak paham..TPG semua jd Januari. HR kata naik ke gaji terdekat lebih dari pergerakan gaji tahunan biasa efektif jan 2010. tp july ada kenaikan gaji lagi. naper ada lagi? haih...kompius betul. ..

Thursday, February 25, 2010

Maafkan aku...jika hasratku keliru..

haaa tu lirik lagu mana? sapa pandai cuba teka. tak pandai, p belajaq lagi. hehehe
maaf ek, lately banyak artikel2 kerohanian yg aku tempek kat sini. sayang nak nikmati yg tersurat-yg tersirat tu sengsorang, aku letak ler kat sini untuk renungan kita bersama. sesungguhnya yg baik tu dari Allah, yg buruk tu dari aku sendri...

so aku nak tempek lagi artikel ni..korang mesti selalu baca kan, tp aku tempek gak sbb tak penah ada kat sini. renung-renungkan lah...selamat beramal!

Khutbah Terakhir Rasulullah SAW

Wahai Manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dan dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti nya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak ke atas isteri kamu ,mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik,berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia.Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia ,dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini,Sembahlah Allah,Dirikanlah solat lima kali sehari,Berpuasalah di Bulam Ramadan dan Tunaikanlah Zakat dari harta kekayaan kamu.Kerjakanlah ibadat Haji sekiranya kamu mampu.Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah bersaudara kepada Muslim yang lain.Kamu semua adalah sama,tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.
Ingatlah,bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan.Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia,tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.Oleh itu wahai manusia,nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.Sesumgguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara,yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya ,nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.Itulah Al-Quran dan Sunnahku.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain.Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku.Saksikanlah Ya Allah bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba mu.

(Khutbah ini disampaikan oleh Rasullah s.a.w pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah,Gunung Arafah.)

Wednesday, February 24, 2010

Tahniah Meana!

Td meana sms bgtau dia dah bersalin semalam. baby BOY! at last..fuh...akhirnya dpt gak lelaki. hehehehe

Tahniah Meana!..thn depan tambah lagi! :D

Monday, February 22, 2010

Secebis kisah untuk renungan..

MAAFKAN CIKGU

Saya sangat mengkagumi kerjaya sebagai guru sekolah. Sebuah kisah yang saya paparkan ini saya ulangi dari kisah benar seorang guru beberapa tahun lalu.

Ceritanya:

Saya mengajar di sekolah rendah di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang
baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.

Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya
tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya
hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata-kata kecuali menganggukkan yang seolah-olah dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya...

Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.
Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat. Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.

Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari-lari sekuat hati
menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di
depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah
berlari ke arah sekolah.

Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu
sambil menahan airmata yang mula tergenang. “Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?” Dia terkejut dan wajahnya berubah.
“Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sekolah sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut sekolah yang ada. Maafkan saya, cikgu.” Jawabnya.

“Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul
kamu?” ” Emak saya berpesan, jangan meminta-minta pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu.” Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, “Maafkan cikgu, …….”
Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya
setakat yang termampu.

Cerita-cerita begini boleh membantu melembutkan hati kita yang keras. Kata seorang guru lain teman saya,

Sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah dengan amalan perkara-perkara berikut;

i. Banyakan Solat sunat
ii. Amalkan puasa sunat
iii. Banyakan berzikir
iv. Amalkan bersedekah
v. Mengusap rambut anak yatim
vi. Mendengar cerita-cerita kesusahan orang lain
vii. Membantu orang susah


Semoga Amalan Ibadat dan Amal Kebajikan Kita akan berterusan dalam bulan-bulan yang lain.

Friday, February 12, 2010

Tazkirah hari ini...

Ini petikan yg aku ambik dari salah satu blog yg aku slalu baca. Renung-renungkanlah...selamat beramal..

Abah berwasiat supaya kubur abah dan mak jangan dijadikan mangsa
"penebus rasa bersalah" anak-anak.

Maksudnya begini:

Semasa ibu dan bapa masih hidup, anak-anak mengabaikan tanggungjawab
mereka atas pelbagai alasan (sila rujuk kitab-kitab muktabar tentang
tanggungjawab anak terhadap ibubapa) - alasan sibuk dengan urusan dunia
yang tak akan habis sampai bila-bila, sibuk dengan urusan anak,
isteri/suami masing-masing, sibuk dengan itu dan ini, hingga lah
"tiba-tiba" salah seorang atau kedua-dua ibubapa mereka diperintah
Allah untuk kembali kepadaNya... .. (sebenarnya tak ade kematian yang
mengejut atau tiba-tiba - setiap kematian itu telah dirancang Allah lama sebelum
manusia itu dijadikanNya. ... "tiba-tiba" itu hanya "tuduhan" manusia
kerana bukankah kita rasa seronok hidup! Malahan pujangga dengan
angkuhnya mendeklamasikan "aku mahu hidup 1,000 tahun lagi!)...

Dalam kesedihan kerana kematian mereka, timbul lah rasa bersalah si
anak kerana telah mengabaikan mereka semasa hayat, maka dilakukanlah
perkara-perkara seperti berikut:

1. upah orang bacakan Al Quran 40 hari, 40 malam (anak tidak pulak
membacanya kerana maklum lah sibuk belaka....)

2. upah orang bina kubur yang tercantik dan terhebat ("mak/abah memang
patut diberi penghargaan ini kerana jasa mereka kepada aku"....)

3. tabur berbagai-bagai bunga atas kubur ("aku sayangkan mak/abah"... .
walhal semasa hidup mereka, sekuntum bunga pun tidak pernah
dihadiahkan! )


4. cetak kitab Yaasin (siap tulis kat kulit depan "sempena kematian
ibu/bapaku tersayang... .") dan edarkan kepada masjid - macamlah surau
dan
masjid tak cukup-cukup kitab Yaasin

5. buat kenduri panggil "orang masjid" bacakan doa tahlil (maklum lah,
anak tak sempat mendoakan ibubapanya. lagi pun "doa orang masjid ni
lebih
berkat"....)

6. buat pelbagai kenduri "hari peringatan ke-3, ke-7, tahun ke-47....."
kematian ibubapa

7. sedekah pisang kat masjid......

8.. buat upah umrah setiap tahun (walhal dulu semasa hayat mereka,
langsung "takde bajet nak hantar mak/abah gi umrah"; lagi pun keperluan
umrah itu hanya sekali sepanjang hayat sahaja!)


Selepas itu boleh lah si anak tidur lena dan sempat pula membidas adik
beradik lain dengan berkata, "aku dah tunaikan tanggungjawab aku pada
bapak/mak. Kau tak buat ke?"

Abah panggil semua ini sebagai "sindrom penebus rasa bersalah"- kerana
"dulu aku tak buat semua itu, maka sekarang aku dah buat semua ini, jadi
aku tak bersalah lagi!".....

Kalau inilah yang bakal terjadi kepada abah dan mak, maka abah
berwasiat di sini, TAK PAYAH LAH anak-anak abah bersusah payah membuat pelbagai
justifikasi dengan sindrom penebus rasa bersalah.... . memadai lah
diselitkan satu ayat yang tak sampai satu nafas nak menyebutnya - "Ya
Allah, ampunkan lah ibu bapa ku". Takde belanja wang ringgit, tak payah
cari orang, tak payah susahkan diri.

Sempurnakan solat (wajib untuk penebus diri sendiri masing-masing) dan
doa lah meminta apa-apa dari Allah (untuk mendapat penebus diri sendiri
masing-masing) dan selitkan lah ayat di atas(sebagai penebus diri
sendiri dan untuk keselamatan ibubapa di alam barzah dan alam akhirat).

Abah doakan apa-apa amal jariah yang abah dan mak lakukan dan apa-apa
ilmu bermanfaat yang abah dan mak ajarkan kepada sesiapa pun dan
diamalkannya - agar semua ini diterima Allah sebagi pelaburan kami di akhirat. Semoga
semua anak-anak yang lahir dari sulbi kami menyempurnakan janji-janji
mereka kepada Allah untuk menjadi hamba-hambaNya yang beramal soleh.
Itu lah 3 harta yang akan mengiringi kami ke kubur dan tinggal kekal
menemani kami sehingga kiamat...... ..


Ambil iktibar dari lampiran di bawah.

Larangan dari Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam: Dari Jabir
radhiyallahu 'anhu, dia berkata, "Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa
sallam telah melarang kuburan dikapur (di simen), dijadikan tempat
duduk, dan juga didirikan bangunan diatasnya.."


(Hadith Riwayat Imam Muslim)

Dan membawa bunga-bungaan / jambak-jambak bunga dan seumpamanya bersama
jenazah adalah diharamkan yang telah menular di kalangan orang-orang
Islam kerana mengikuti adat-adat orang kafir dan Melayu kunoh dalam
upacara-upacara jenazah mereka. Juga kerana perbuatan tersebut boleh
mensia-siakan harta tanpa faedah dan memberi makna bermegah-megah dan
berbangga.

Manakala hukumnya adalah haram jika kubur dibina menggunakan marmar
(marble) dan seumpamanya, kerana amat berlawanan dengan ajaran
Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam, juga kerana terdapat pembaziran harta
yang ditegah syarak serta terdapat sifat bermegah dan menunjuk yang amat
dimurkai Allah subhanahuwata' ala.

Ali bin Abi Talib radhiyallahu 'anhu berkata kepada Abi Hayyaj
Al-Asadi,

"Tidakkah kamu mahu aku utuskan kamu untuk melakukan perkara yang aku
diutuskan oleh Rasulullah untuk melakukan? Kamu hendaklah meruntuhkan
semua berhala dan meratakan semua kubur yang ditinggikan orang."

(Hadith Riwayat Imam Muslim)

Friday, February 5, 2010

Dan tangan pun mula gatal.....

Salam.....

Lama tak menceceh...
Tp skrang nak menceceh..
Ahkak tak berapa bz pun.. sejak Nov lg boss tak derr
Boss dah pegi Brazil
So... bos baru lom ader lg

jadi................

Sebagai seorang yg penuh dedikasi
hak hak hak...
walaupun boss tak derrr
ahkak tetap dtg awal
dan balik lambat

kerana...............


tangan ahkak gatal
errrr.. bukan kena kudis
........... denggi berdarah pun bukan

kenkawan jgn lupa jenjalan tgk penyakit gatal akak ni ek
ianya berjangkit


Wednesday, February 3, 2010

Final countdown..

Dah lama sangat tertangguh kan..haaa ni baru aku ada kesempatan nak tunjuk korang final accounting tabung kita yg aku jaga ni. Bukan good keeper aku nih. ampun ekkk..

ni final collection kita dari July 2008 - Dec 2009. Memula try nak paste jadual yg dah buat nak tunjuk acc tu. tp sbb aku ni tak cerdik IT sesangat, paste tak jadi-jadi. So dpt tunjuk total collection je yer...collection tu dah tolak RM50 (everage/person)masing-masing sbb sumbangan-sumbangan yg kita dah bagikan pd kawan-kawan ari tu. Collection 1st part members tu dah contra dengan perbelanjaan Gathering PD kita Dec 09 yang lepas. Members yang aku senarai italickan tu, sila rujuk acc bank anda yer... Aku dah bankinkan semula collection tersebut kepada account tuannya..


Linda RM170
Nathrah RM310
Marinah RM310
Mariati RM190
Junana RM250
Norhazanah RM120
Suzana RM270

Marina RM150
Anita RM310
Adlin RM150
Zury *RM20


Sumbangan: 500
*everage 50/person

ni pulak summary hotel hari tu:

sewa 5 unit 2 bedroom + 3 unit 1 bedroom = RM 2925
+surcharge (sbb less pax dari quotation asal) = RM 150
---------
Total bayar hotel = RM 3075
+Sevinier beg = RM 160
---------
Grand total Gathering 2009 = RM 3235



Terlebih dahulu aku minta ampun dan maaf yer jika ada sepanjang tempoh aku buat collection tu ada terkasar bahasa tersilap kata. Jika ada terlebih, terkurang tu minta dihalalkan yer... :D

Dan yang lebih penting...terima kasih banyak-banyak dengan sumbangan korang, kerjasama dan setiakawan korang selama ini..trimakaseyyyy!

Ok kawan-kawan...dengan tersiarnya acc ni, maka dengan rasminya tabung DSK bagi tahun 2008/09 ini ditutup... kuasa veto ek..ampun! :D. Harap-harap ada member lain yang boleh jadi bendahari kita...sila ler calonkan diri..hehehe

Tuesday, January 26, 2010

They're all the same..

One Chinese person walks into a bar in America late one night and he saw Steven Spielberg. As he was a great fan of his movies, he rushes over to him, and asks for his autograph.
I nstead, Spielberg gives him a slap and says "You Chinese people bombed our Pearl Harbor, get out of here."
The astonished Chinese man replied "It was not the Chinese who bombed your Pearl Harbor , it was the Japanese".
"Chinese, Japanese, Taiwanese, you're all the same," replied Spielberg.
I n return, the Chinese gives Spielberg a slap and says "You sank the Titanic; my forefathers were on that ship."
Shocked, Spielberg replies "It was the iceberg that sank the ship, not me."
The Chinese replies, "Iceberg, Spielberg, Carlsberg, you're all the same."

This particular joke won an award for the best joke in a competition in Britain

Thursday, January 21, 2010

EPF Rules- A MUST READ

something yg aku nak syere ngan korang...jgn ambik tak endah perkara ini. remeh, tp tetap cari masa untuk buat perkara ini demi anak2 yg kita akan 'tinggalkan'. Jangan anak2 kita sengsara bila kita dah tiada. Mana la tau kan..ajal maut di tangan tuhan, esok lusa siapa yg tahu bila kita akan tiada. Lebih2 lagi bila diorang masih kecil. kalau dah besar panjang, dah branak pinak sendiri, sebelum tutup mata ckp kat anak tu..lu pk la sendiri...hehehe

sila baca artikel ni yer...



If ONE (1) of your Nominees in the EPF Nominees list dies, automatically the whole arrangement (EPF Nominees list) is VOID .. Meaning if, you only put in One (1) name & unfortunately he/she dies before you - automatically EPF will channel your EPF money to trustee of AMANAH RAYA upon your death.

Even though if you have few names in the EPF Nominees list, - the whole arrangement is VOID & none of the individual names left in the EPF Nominees list will get their portion & automatically EPF will channel your EPF money to trustee of AMANAH RAYA upon your death.

Piece of advice - if any of the your Nominees in the EPF Nominees list dies, please do immediately approach the nearest EPF counter & present the Death Certificate of the individual & register your NEW / LATEST Nominee in the EPF Nominees list + NEW / LATEST percentage .

If, you & the other party (maybe spouse) involved in the same misfortune (accident / illness) that caused death to both yourself / spouse please, please, please alert your siblings / relatives / parents to immediately approach the nearest EPF counter & share the information within 3 days to AVOID all EPF money to be surrendered to trustee of AMANAH RAYA .

Upon surrender to trustee of AMANAH RAYA, your children will have to battle the money thru 3 channels;

Majlis Agama

Pejabat Tanah

Mahkamah

The normal period via above 3 channels usually takes 2-3 years (except if you have inside/tip top connection) at Amanah Raya.

Saturday, January 2, 2010

SPORTS IS GOOD NOT FOR KIDS ONLY..


peserta dgn hadiah masing2.. cuma acara utk parents je iaitu acara lumba lari 10meter (ye ke? he he) sambil dukung anak yg tak ada dlm foto2 ni sbb org yg amik gambar pun masuk acara juge.. he he





























acara lompat katak..mana si katak tue..tak nampak pun..

















Haa.. ni pulak acara teka cekelat dalam balang..sapa menang dapat makan sume cekelat tu..



















acara tiup belon....Tiup jangan tak tiup.. eei besarnya belon.. seramm..


n acara puzzle utk puzzle mania2 sekelian..tgk lah tu dr yg kecik spi yg tua (tua ke?) veteran lah..pun turut serta wlw tak diundang.. he heh..





















































Thursday, December 31, 2009

DSK GATHERING 2009 - DINNER






































































































DSK Gathering 2009 - Dinner time..